topbella

Monday, July 26, 2010

Ku Pasrahkan Segalanya

Cinta,
Kerana kau ku kenal erti bahagia,
Kerana kau ku kenal erti sayang,
Kerana kau ku mampu tersenyum..
Cinta,
Kerana kau juga aku kenal erti derita,
Kerana kau juga aku kenal erti benci,
Kerana kau ku mampu menangis..
Cinta,
Kenapa kau hadir di saat-saat aku tidak memerlukanmu,
Kenapa kau hilang ketika aku memerlukanmu,
Kau hadir tanpa ku duga,
Kau menjelma tanpa ku pinta,
Kau mekar setelah sekian lama disemai,
Tapi kau pergi dalam sekelip mata,
Musnah dan hancur bersama mimpi,
Sakitnya jiwa ini hanya keranamu cinta..
Cinta,
Apalah ertinya cinta,
Kalau hanya sekadar menambah derita,
Apalah ertinya sayang,
Kalau hanya sekadar di bibir sahaja..
Cinta,
Terima kasih padamu cinta,
Kerana mu aku kenal erti hidup ini,
Kerana mu aku menangis,
Dan keranamu juga aku dapat merasai,
Kemanisan hidup di sebalik derita yang kau tinggalkan..
Cinta,
Sesungguhnya,
Aku pasrahkan segalanya…

No comments:

Post a Comment

 
Insyirah© DiseƱado por: Compartidisimo