topbella

Tuesday, November 24, 2009

Model Muslimah Sejati

  • Wanita dianggap sebagai fitnah dan musuh andainya dia tidak dididik dan diasuh serta dibentuk menurut acuan Islam.
  • Wanita juga ujian bagi seseorang lelaki dalam menerajui bahtera kehidupan ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan hidup.
  • Wanita adalah anugerah Ilahi yang istimewa kepada lelaki yang mendambakan kemesraan dan kebahagiaan hidup.
Sejarah Islam telah melahirkan ratusan personaliti wanita terbilang yang menjadi teladan kepada warga muslimah. Mereka merupakan wanita contoh yang menempa tinta emas yang mewarnai sejarah kegemilangan dan keunggulan Islam.

Sehubungan itu , Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud :
  " Ada empat wanita mulia juga penghulu segala wanita di dunia; mereka itu ialah Asiah binti Muzahim,isteri Firaun; Maryam binti Imran, Ibunda Isa; Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah s.a.w. dan Fatimah binti Muhammad, puteri kesayangan baginda."-(Riwayat Bukhari) 

Asiah - merupakan simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimanannya kepada Allah, meskipun hidup sebumbung bersama suaminya, Firaun yang tidak beriman kepada Allah.
Maryam - merupakan simbol wanita dalam ibadahnya dan ketinggian darjat ketakwaannya kepada Allah serta mampu memelihara kesucian diri dan kehormatannya ketika mengabdikan dirinya kepada Allah.
Khadijah - merupakan simbol kepada isteri yang setia tanpa mengenal penat lelah mendampingi suaminya menegakkan panji2 kebenaran islam, berkorban jiwa raga dan segala harta bendanya serta rela menanggung pelbagai risiko dan cabaran dalam menyebarkan risalah islam yang diamanahkan pada bahu Rasulullah s.a.w..
Fatimah - merupakan simbol pelbagai dimensi wanita yang solehah; anak yang soleh dan taat di hadapan ayahandanya; isteri yang setia dan taat di hadapan suaminya serta ibu yang bijaksana di hadapan putera puterinya. Dialah penghulu segala wanita dan juga seorang wanita mithali dalam setiap detik kehidupan yang dilaluinya, sewajarnya dijadikan ikutan Muslimah.
       Demikianlah beberapa profil wanita Muslimah contoh yang mewarnai pentas kehidupan dengan ketenangan, kemesraan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat. Oleh itu Islam telah menganjurkan setiap Muslim yang bakal melangkah ke alam perkahwinan agar berhati2 dalam memilih calon isteri. Kesolehan isteri yang dituntut Islam akan menjamin kerukunan dan kebahagiaan rumahtangga-wallahu'alam-

No comments:

Post a Comment

 
Insyirah© DiseƱado por: Compartidisimo